Setelah sekian lama saya mencari, akhirnya saya dapat juga mengikuti Kursus Baik Pulih Komputer.. kursus yang diadakan di
Kolej Komuniti Kuala Langat (berdekatan dengan rumah mak mertua saya..huhu) telah berlangsung pada 18 - 19 Februari yang lalu memberikan manfaat dan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai bagi diri saya...
Untuk pengetahun semua, hampir kesemua Kolej Komuniti di seluruh Malaysia menawarkan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat / Kursus Pendek yang mana menyediakan pelbagai kursus-kursus yang sangat berguna untuk meningkatkan pengetahuan dan boleh digunakan sebagai platform berkenalan selain berkongsi pandangan dengan peserta lain tentang pengetahuan tersebut.
Berikut adalah perjalanan sepanjang 2 hari kursus di Kolej Komuniti Kuala Langat ...
Hari 1 (18/02/2012)
8.00am - saya telah sampai di kolej tersebut (walaupun agak keliru dengan bangunan yang mana patut dituju..huhuhu) dan menunggu Pensyarah yang akan mengendalikan kursus ini...
9.00am - Kursus pun bermula dengan sesi pengenalan daripada Pensyarah..Nama beliau adalah Encik Hafiz bin Baharuddin.. beliau merupakan tenaga pengajar di kolej tersebut.. setiap 2 orang peserta telah diberikan satu set PC yang lengkap..
|
Satu PC untuk setiap 2 peserta.. |
Penerangan berkenaan dengan Pengenalan Komputer merupakan tajuk pertama saya disana.. dalam slot ini, kami diberi penerangan tentang komponen-komponen yang ada pada sesebuah komputer...
|
Encik Hafiz memberikan penerangan beliau dengan penuh semangat..huhuhu |
9.45am - kami diberi pelepasan untuk bersarapan memandangkan tiada makanan yang disediakan oleh pihak kolej untuk kursus ini.. pelepasan selama 1 jam diberikan bagi membolehkan para peserta mengisi perut...
10.45am - bermula aksi memproses komputer yang ada di atas meja tersebut.. pemutar skru diberikan untuk membuka isi perut komputer tersebut.. satu persatu skru dibuka..
|
hardisk dan dvd rom yang telah dikeluarkan disusun elok.. |
Setelah selesai semuanya dibuka, kami diminta untuk mengeluarkan motherboard keluar daripada pc bagi membolehkan kami melihat dengan lebih jelas keadaan sebenar motherboard..
|
kene ingat semua wayar yang ditanggalkan dari motherboard... |
|
keadaan motherboard yang telah dikeluarkan dari CPU.. |
Sebelum motherboard dikeluarkan, kami dikehendaki mengenalpasti kedudukan setiap cable atau wayar yang ditanggalkan daripada motherboard tersebut.. (walaupun kemudiannya diberi manual motherboard tersebut)..
|
CPU yang telah dikosongkan... |
Setelah itu, tiba masanya untuk mengenali Prosessor... seperti yang terdapat pada gambar di bawah, Prosessor terletak dibawah kipas ini yang mana kipas tersebut berperanan untuk menyejukkan prosessor...
|
dibawah kipas inilah terletaknya prosessor ... |
|
keadaan dibawah kipas... |
|
ha.. ni la prosessor yang 'terperangkap' dibawah kipas tu... huhu |
|
berjaya~ prosessor yang telah berjaya di'selamatkan'... |
|
antara note yang diberikan kepada peserta... |
1.00pm - peserta diberi pelepasan sehingga 2.15pm bagi menyempurnakan solat dan makan tgh hari.. saya mengambil peluang ini untuk balik ke rumah mak mertua saya..huhuhu.. lunch time~
2.15pm - Back to Business~ semua pesrta berkobar2 untuk meneruskan kursus ini... kami diminta untuk memasang semula isi perut komputer yang telah dikeluarkan... first of all, prosessor yang telah dikeluarkan daripada motherboard perlu dimasukkan semula.. satu cecair perlu diletakkan ke atas prosessor tersebut.. fungsi cecair tersebut menyejukkan prosesser tersebut apabila cpu beroperasi..
1. kipas pada prosessor tidak dipasang dengan ketat..
2. cable atau wayar tidak dipasang pada kedudukan yang betul..
3. IDE cable atau SATA cable yang dipasang pada Hardisk tidak ketat..
4. Terdapat masalah pada bateri CMOS yang mana bateri tersebut telah lama digunakan atau tidak
pernah diganti...
5. RAM yang dipasangkan pada slotnya tidak ketat...
|
tadaaaa~ da boleh on balik... sekali dapat os ubuntu.. |
5.00pm - tamat sudah hari pertama saya di kursus tersebut.. setelah berjaya menghidupkan semula PC tersebut, kami akan diajar cara-cara untuk memformatkan komputer... tunggu esokla pulak... huhuhu...
No comments:
Post a Comment